Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kembalikan Moment Indah Raya Macam Dulu-dulu

March 3, 2026 by Admin 4 Comments

Spread the love

Bila masuk je bulan Ramadan, hati ni automatik jadi lain macam. Bukan sebab bazar. Bukan sebab kuih viral. Tapi sebab kenangan zaman kecik-kecik dulu. Masih ingat moment indah raya dulu-dulu.

Zaman masa hidup tak ada Shopee. Tak ada TikTok Shop. Nak beli baju raya, memang kena ikut mak abah pergi shopping. Naik kereta Datsun yang nak bukak tingkap kena pusing-pusing tu. Hahaha..

Moment paling aku ingat? Pergi cari set baju Melayu. Masuk kedai, penuh orang. Bau kain baru, bau kedai, bau orang semua bercampur sekali. Mak pegang tangan takut hilang sambil dok acu baju kat badan. Abah steady jer macam tak ambik port sangat walhal dalam kepala mungkin tengah fikir budget agaknya.

Masa tu, kedai semua pasang lagu raya lama-lama. Takda lagu raya pelik-pelik macam sekarang ni. Bila dah sampai rumah lepas shopping, try lagi baju yang dah beli tu. Dulu moment tu rasa biasa jer, bila teringat balik sekarang baru terasa seronoknya.

Sekarang? Klik. Bayar. Esok sampai. Senang memang senang. Tapi rasa dia tak sama. Baju raya sampai dalam plastik courier. Bukak, try pastu tulis review kat seller ” bungkusan kemas dan cepat terima…” Hahaha

Bagi aku moment tu yang penting, sebab tu saban tahun untuk baju raya anak-anak aku tak beli online. Aku bawak diorang pergi shopping kat pasaraya. Bagi diorang test sendiri. Pilih sendiri. Pilihan warna pulak kena sepakat walaupun ada yang terpaksa beralah.

Tahun ni aku bawak anak-anak shopping kat Pusat Pakaian Hari-Hari. Ada banyak pilihan warna. Design simple macam yang aku cari. Kualiti kain pun ok. Lagi pun kat sini semua ada. Butang baju melayu, songkok, sampin semua beli kat sini.

Dengan setiap pembelian RM120 ke atas, korang akan dapat sampul raya percuma. Kalau lebih RM200 akan dapat woven bag percuma. Kalau ke sana nanti cuba korang tengok jugak jualan clearance stock baju raya kot ada yang berkenan. Kat situ harga antara RM5 hingga RM25.

Bila kat kedai puas hati sebab boleh tengok betul-betul kualiti baju yang nak di beli. Balik rumah pun senang hati.

Loading

Filed Under: Family, Personal, Produk Tagged With: baju raya, pusat pakaian hari hari, raya zaman dulu, shopping raya

« Siap! Tak yah fikir lagi pasal keperluan sekolah anak-anak.

Comments

  1. NOORAINI BINTI ALI says

    March 3, 2026 at 7:55 pm

    ok thanks share. dh beli juga utk raya 2026 ni

    Reply
  2. Mohaz Sue says

    March 4, 2026 at 9:05 am

    Wah seronoknya dah siap semua! Cantik dan bergaya satu famili. Senang bila semuanya ada kat satu tempat. Lepasni boleh fokus keperluan lain pulak.

    Reply
  3. Mieza S says

    March 17, 2026 at 11:09 am

    tahun ni pun kite beli dekat Hari Hari

    Reply
  4. Miminadam says

    March 19, 2026 at 10:23 am

    Dekat ayer hitam tak banyak pilihan pulak

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Kembalikan Moment Indah Raya Macam Dulu-dulu
  • Siap! Tak yah fikir lagi pasal keperluan sekolah anak-anak.
  • Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku patut dijadikan acara tahunan
  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2026 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative