Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Budak kampung cepat dewasa dari budak bandar… betul ke?

January 28, 2016 by Admin 1 Comment

Spread the love
Orang kata bebudak kampung memang cepat dewasa berbanding budak bandar… Yup aku setuju sangat… Akiff memang katigori budak bandar sebab dibesarkan kat KL ni… jadi, tahap kebergantungan kepada diri sendiri tu memang kurang berbanding bebudak kampung yang lebih berdikari…
Sekali sekala balik kampung memang nampak sangat keterujaan Akiff sebab dapat buat macam-macam yang kat KL ni tak boleh buat…
Contohnya boleh keluar masuk rumah sesuka hati… boleh pergi kedai sendiri… boleh main kat luar rumah dari pagi sampai ke malam… Sekeliling rumah adalah taman permainan bagi dia… kat kampung takde mainan pun takpe sebab ape jer yang ada sekeliling rumah adalah mainan…
Kat KL ni memang tak dapat la semua tu… masuk rumah jer kena kurung… pintu semua berkunci… nak main kena bawak pergi taman atau tasik atau playground… sebab tu bebudak KL ni manja-manja sangat…
Kannn ade kes viral hari tu pasal budak sekolah duduk atas lantai pun parents bising… singki kat kantin tinggi sikit pun parents kecoh… haaa tu bukti bertapa anak-anak bandar ni manja sangat… kekadang bebudak tu takda hal pun cuma parents tu jer yang over manjakan bebudak…
Aku harap aku tak tergolong dalam kalangan parents yang terlalu manjakan anak tapi ntah laa… kekadang tak sedar pun yang kite ni terlalu manjakan anak… huhuhu… hanya orang lain jer yang boleh menilai…

Baru-baru ni aku sajer buat test kat Akiff… aku suruh dia beli breakfast sendiri, aku tunggu dalam keter… Yess… test berjaya! Walaupun dia potong Q… hahaha…

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Akiff

« Coklat Berkualiti Antarabangsa Dan Murah di Muzium Coklat
Teruja dengan konsep hipster di Edd The Barber Ampang »

Comments

  1. Daus Redscarz says

    January 30, 2016 at 9:16 am

    Haha, anak aku pun gitu.. balik kampung dah pandai pergi kedai..tapi siap la asyik minta duit je..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Kembalikan Moment Indah Raya Macam Dulu-dulu
  • Siap! Tak yah fikir lagi pasal keperluan sekolah anak-anak.
  • Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku patut dijadikan acara tahunan
  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2026 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative